Wednesday, December 31, 2008

TRIAL AND SUCCESS LIMEGRASS INTEGRATION





The Farm



GRADUAN USAHAWAN TANI

Majlis Menandatangani Perjanjian di antara PUGM dengan Graduan Usahawan Tani UPM di bawah Program Inkubator MARA

Universiti Putra Malaysia di bawah Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) telah melantik Persatuan Usahawan Graduan Malaysia (PUGM) di bawah entiti PUGM Holding Sdn. Bhd. sebagai mentor dalam projek tanaman buah naga kepada peserta graduan usahawan tani UPM-MARA. Majlis menandatangani perjanjian di antara PUGM Holding Sdn. Bhd dengan graduan usahawan tani UPM-MARA telah diadakan dan bertempat di Pejabat APEEC, UPM. Seramai 17 orang peserta telah menandatangani perjanjian persefahaman dengan PUGM Holding Sdn. Bhd.

Program yang di bawah Inkubator UPM-MARA adalah hasil usaha dan kerjasama di antara Majlis Amanah Rakyat (MARA), APEEC, UPM dan PUGM. Turut hadir di dalam majlis menandatangani perjanjian ini adalah Tuan Haji Zanudin Abd Rahim, Timbalan Pengarah I, Bahagian Pembangunan Usahawan, MARA, Prof. Madya Dr. Nordin Abd. Rahman, Timbalan Pengarah Unit Pembangunan Keusahawanan dan Jalinan Industri, APEEC, UPM dan Encik Muzamir Mustafa, Presiden/Pengarah PUGM Holding Sdn. Bhd.

Projek tanaman buah naga ini telah diusahakan di Taman Pertanian Moden Kluang, Johor seluas 50 ekar di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Projek ini merupakan projek pertama UPM, MARA dan PUGM dalam melahirkan graduan untuk menceburi bidang pertanian secara berkelompok dan menjadikannya sebagai kerjaya. Di harap projek tanaman buah naga ini dapat dijadikan sebagai perintis untuk projek pertanian yang lain. Syabas dan tahniah!